Thursday, September 23, 2021

Assassin's Creed Valhalla FREE Download

 

Assassins Creed Valhalla

    Sepertimana yang kita tahu, baru-baru ini Ubisoft telahpun mengeluarkan satu Game Baru yang merupakan game yang di tunggu2 oleh player-player seluruh dunia. Nama game ini adalah Assassin creed Valhallah. Untuk pengetahuan Korang, game ini adalah Game Open World dimana anda bebas memilih apa yang anda lakukan dan ke mana anda hendak nak pergi. Tapi sebelum itu mari kita kenali dulu latar belakang dan cerita di dalam game ini.

Naratif & Latar Belakang

Pada garis masa 873 masihi di Norway, setelah kematian ibu bapa Eivor pada usia muda, Eivor (boleh dipilih sebagai Lelaki atau Perempuan oleh pemain) dijaga dan dibesarkan sebagai salah seorang anak Raja Styrbjorn dari Forberg. Sebagai anak seorang raja, Sigurd (anak lelaki sulung Raja Styrbjorn yang berumur lima tahun lebih tua dari Eivor) berharap dapat mengikuti jejak ayahnya dan memimpin klan mereka dengan Eivor sebagai orang kanannya. Kini sudah besar, Sigurd kembali daripada salah satu pengembaraannya dan berkenalan bersama Hidden Ones. Dengan persahabatan baru ini, Sigurd menerima Hidden Blade (senjata ikonik Assassin’s Creed), lalu menghadiahkan kepada Eivor.

Setelah sekian lama menetap di Norway, Raven Clan (klan Eivor) diusir dari negara kesayangan untuk kerana sebab-sebab politik (Raja Styrbjorn ingin berkerjasama dengan klan lain iaitu, Raja Harald dari Norway). Kemudian permainan memindahkan kita ke England, ketika dalam sejarah adalah zaman Tentera Heathen Besar. Oleh itu, kita akan dibawa ke England semasa ia menghadapi perang, dan kekacauan. Selain bertempur, kami akan ditugaskan untuk membangunkan Settlement (penempatan) dan membina rumah baru di England dengan menjalin persekutuan dengan kerajaan lain (mengikut sistem Alliance di mana anda harus menjalinkan persekututan bersama kerajaan lain). Inilah matlamat sebenar anda!

Sudah tentu, The Order of the Ancients (orang jahat) sudah menguasai England, jadi Eivor harus berurusan dengan mereka (yang bermaksud anda harus membunuh setiap satu) supaya Eivor dapat menetap di England dengan selamat. Seperti permainan sebelum dalam siri ini, Valhalla menampilkan naratif moden dan mengikuti Layla Hassan, yang sebelum ini membuat kemunculan di Origins and Odyssey.

Assassin’s Creed Valhalla menawarkan banyak pilihan supaya pemain dapat menulis kisah Viking mereka sendiri. Ini merangkumi banyak pilihan naratif yang akan mempengaruhi adegan dan pengakhiran permainan. Pilihan yang mempengaruhi naratif berlaku melalui pilihan dialog Eivor semasa berinteraksi dengan NPC. Sebagai contoh, jika anda memilih pengkhianat yang salah di Grantebridgescire (salah satu naratif cerita), Soma tidak akan suka Eivor, dan Birna tidak akan menyertai krew anda. Ini adalah satu daripada beberapa pilihan yang ada.


Gameplay utama (asas-asas)

Setelah tiba di England, tugas utama adalah membina Settlement. Tetapi untuk membina, anda memerlukan sumber. Jadi masa untuk teroka! Tugas yang diberikan oleh NPC akan direkodkan di Quest Log yang memperhatikan kemajuan permainan di peta, kompas, dan in-game log. Untuk merentasi dunia, anda boleh “parkour” dan mendaki hampir semua persekitaran. Kita hanya perlu tekan dan berlari ke arah yang dikehendaki agar Eivor boleh naik atau melompat secara automatik. Menunggang kuda juga merupakan salah satu kaedah terbaik untuk meneroka dengan lebih pantas. Untuk memanggil kuda, tekan kiri di D-PAD.

Sekiranya anda tidak dapat jumpa misi, tekan R3 lama-lama untuk mengaktifkan Odin’s Sight. Ia akan menunjukkan musuh, objektif, misteri dan barang berharga yang berdekatan. Ini akan membantu anda menilai kawasan dengan lebih baik, mengelakkan pertemuan yang tidak diingini, dan mencari barang berharga. Sekiranya anda masih tidak keliru tentang lokasi objektif, inilah masanya untuk menggunakan Raven’s-Eye View. Dengan mengawal Raven (bernama Synin), ia memberikan gambaran yang lebih luas untuk persekitaran. Tekan atas pada D-PAD untuk mengaktifkan. Ia akan mengesan perkara yang sama dengan Odin’s Sight tetapi dalam jarak yang lebih besar.

Memakan buah-buahan dan makanan daripada periuk di dunia permainan akan menyembuh HP. Apabila sembuh sepenuhnya, makanan yang anda kumpulkan akan disimpan sebagai jatah dan dapat digunakan di lain waktu. Tekan kanan pada D-PAD untuk gunakannya. Jangan lupa untuk mengisi semula jatah anda semasa menjelajah kerana ia dapat menyelamatkan nyawa dalam pergaduhan yang paling sengit.

Apabila kita sync High Points (ditandakan oleh imej gagak dan satu elemen ikonik dalam francais Assassin’s Creed) akan mendedahkan barang berharga, misteri, dan artifak. Ia juga boleh digunakan untuk fast travel. Pada bila-bila masa anda boleh tekan bawah di D-Pad untuk mengakses pelbagai fitur lain seperti:

  • Cloak akan menyembunyikan Eivor daripada pengesanan musuh.
  • Torch boleh digunakan sebagai senjata atau dilemparkan untuk membakar sesuatu dengan menekan L2 dan R2.
  • Meditation menghabiskan masa dari siang hingga malam dan sebaliknya.

Sistem Pertempuran

Tetapan pertempuran:

  • Skald [Easy]
  • Vikingr [Default]
  • Berserkr [Hard]
  • Drengr [Very Hard]
Dalam pertempuran jarak dekat, tekan R1 untuk serangan ringan dan R2 untuk serangan berat. Serangan ringan adalah cepat dan melakukan damage sederhana. Serangan berat lebih perlahan tetapi memberikan lebih banyak damagedan boleh menghancurkan pertahanan lawan. Untuk “block”, tekan L1. Sekiranya anda menekan pada masa yang tepat, anda boleh “parry” (tepis). Apabila musuh bersinar merah, serangan ini tidak boleh dihalang atau ditepis, jadi kita hanya mampu mengelak. Tekan segi empat untuk “dodge” (mengelak).

Untuk mudahkan pertarungan, cuba kurangkan “stun gauge” musuh dengan menembak titik lemahnya, menangkis serangannya atau lakukan serangan berat. Ini membuat musuh terdedah kepada sejenis serangan yang menyebabkan damage besar (one-hit kill).

Selain pertempuran jarak dekat, Eivor juga boleh menyerang daripada jauh dengan memanah. Untuk menembak, arahkan dengan L2 dan tembak dengan R2. Ada beberapa jenis busur dan anak panah, di mana masing-masing mempunyai fungsi dan keistimewaan yang berbeza. Damage yang dilakukan pula bergantung pada bahagian yang ditembak dan berapa lama anda menarik anak panah. Cuba arahkan anak panah ke kepala musuh untuk melakukan lebih banyak damage dan “stun” mereka.

Eivor juga seorang yang pakar dalam pelbagai jenis senjata. Anda boleh memakai apa-apa jenis senjata jarak dekat seperti pedang, kapak, perisai, pedang panjang, dan lain-lain ke tangan utama dan sekunder anda. Ini dinamakan sebagai Dual-Wielding. Dengan menggunakan dua senjata, ia membolehkan anda melakukan serangan istimewa dengan menekan L1 lama-lama. Gaya pertempuran Eivor akan berubah mengikut senjata yang dipilih.

Bagi aspek musuh, anda akan menemui penanda “difficulty” pada setiap musuh. Penanda ini sebenarnya berdasarkan Power anda (kekuatan keseluruhan Eivor) dan kekuatan musuh. Terdapat 4 jenis musuh iaitu:

  • Weak enemy (Musuh yang lemah)
  • Fair fight (Pertarungan yang adil)
  • Challenging enemy (Musuh yang mencabar)
  • Overwhelming (Luar biasa)

Power mencerminkan kemajuan anda dan  berdasarkan jumlah nod (titik kemajuan) yang dilengkapi di Skill Tree. Ini juga meningkatkan statistik asas anda, yang akan menambah baik kemampuan Eivor untuk bertahan hidup ketika mencabar musuh yang lebih bahaya. Melengkapkan skill tree juga menentukan gaya permainan anda dan mungkin membuka kapasiti baru. Nod biasa akan meningkatkan statistik pertempuran asas, manakala Main Skill membuka abiliti pertempuran pasif baru.

Terdapat tiga jenis bahagian di Skill Tree iaitu:

  • Wolf
  • Bear
  • Raven

Nod biru memberikan bonus untuk semua bahagian Wolf, nod merah memberikan bonus untuk semua bahagian Bear dan nod kuning memberikan bonus kepada semua bahagian Raven. Skill Tree-nya sangat besar dan agak menakutkan pada mulanya. Ini kerana saya takut untuk menghabiskan skill point dengan cara yang salah. Tetapi nampaknya saya tidak perlu risau kerana anda dapat “reset” skill tree pada bila-bila masa untuk mencari “build” yang paling sesuai untuk gaya permainan anda.

Sistem Stealth

Tetapan Stealth:

  • Apprentice [Easy]
  • Assassin [Default]
  • Master Assassin [Hard]
Semasa “crouch” (tekan bulat), anda lebih sukar untuk dilihat. Crouch akan menyembunyikan anda di semak-samun, rumput tinggi, dan ladang luas. Ini adalah cara yang sempurna untuk tidak dikesan, dan membunuh musuh. Musuh yang melihat anda mungkin menyiasat kawasan tersebut tetapi anda boleh mengelakkan daripada dikesan dengan menggunakan jubah (tekan D-PAD dan pilih Cloak), berjalan di samping NPC lain, duduk dengan NPC, atau tersembunyi dalam bangunan. Apabila dikesan, masa akan menjadi perlahan untuk anda bertindak balas. Bertarung atau lari – ia terpulang kepada anda. Hidden Blade pula membolehkan anda melakukan pembunuhan secara sembunyi di mana kita tekan R1 untuk membunuh sasaran. Beberapa sasaran lebih kuat dan tidak boleh dibunuh jika anda tidak mempunyai Power yang diperlukan.

Longship, Krew, & Raid

Kapal layar juga adalah cara yang baik untuk meneroka dunia. Tekan bawah di D-PAD dan pilih longship untuk memanggil kapal anda ke perairan berhampiran. Semasa menghadapi kapal musuh atau berlayar berhampiran lokasi tentera atau penyamun, kapal panjang anda akan berfungsi sebagai unit pertempuran yang sangat baik. Gunakan busur untuk membunuh musuh di mana krew juga akan memberikan sokongan ke arah yang ditentukan.

Raid adalah peluang bagi bagus untuk mendapatkan kekayaan dan sumber untuk Settlement. Semasa Raid, anda dan krew akan terlibat dalam pertempuran berdarah. Matlamat utama bukan hanya untuk membunuh semua musuh, tetapi juga mencari bekalan dan bahan mentah. Kalau sukar untuk jumpa, gunakan Odin’s Sight untuk mencari sumber-sumber tersebut. Raid akan tamat apabila semua harta dan sumber diperolehi.

Settlement (Bina petempatan Eivor) & Mini-Game

Settlement adalah tujuan sebenar dalam pengembaraan Eivor dan merupakan kediaman untuk klan anda. Kita harus menjaganya untuk membuka bangunan dan perkhidmatan baru bagi mengembangkannya. Dengan menambah bangunan baru, tahap Settlement juga akan meningkatkan. Untuk mudahkan perjalanan, pemain harus capai tahap yang tinggi bagi membuka pelbagai kemungkinan baru.

Untuk membina bangunan baru, anda perlu membawa bekalan dan bahan mentah yang mencukupi ke Settlement dan berinteraksi dengan papan tanda di mana Settlement boleh dihiasi dengan pelbagai patung dan barang hiasan agar lebih menarik. Jenis bangunan berbeza juga akan membawa individu baru ke Settlement anda yang akan menjadi sekutu dan memberi perkhidmatan yang berguna semasa perjalanan. Beberapa jenis bangunan yang boleh anda bina ialah:

  • Assassin Bureau: Bangunan ini akan membuka misi untuk mempelajari cara ubah suai Leap of Faith tetapi juga akan membuka menu khas yang berkait dengan jalan cerita.
  • Fisherman hut: Ini membuka aktiviti memancing. Setiap kali anda melihat nelayan dekat dengan sungai, kita boleh menangkap ikan untuk dijual dengan wang. Nelayan juga memiliki senarai misi yang harus diselesaikan untuk mendapatkan hadiah unik.
  • Stable: Buka kemampuan berenang untuk kuda untuk cara navigasi yang lebih mudah. Anda juga boleh mengubah suai rupa gagak di Stable.
  • Barracks: Membolehkan anda membuat Jomsviking sendiri. Rajinkan diri melawat Barracks untuk melihat aktiviti mereka.

Kalau anda ingin berehat daripada buat misi utama atau aktivit-aktiviti lain, kita juga boleh mencuba beberapa mini-game. Sebenarnya ada banyak, tapi saya hanya akan senaraikan 3 dahulu.

  • Flyting: Sejenis perlawanan puisi. Jawapan yang paling sesuai dan tepat akan menangkan pertarungan. Apabila menang dalam Flyting, tahap Charisma akan meningkatkan, lantas akan membuka pilihan dialog khusus.
  • Orlog: permainan dadu di mana anda mengurangkan batu musuh (HP) menjadi 0.
  • Mempunyai 3 fasa di mana anda bergilir-gilir memutar dadu. Pilihan yang lebih baik akan memenangi pertarungan.
  • Permainan minum: Seperti namanya, anda bertarung dengan siapa yang dapat minum lebih cepat. Pada masa yang sama, anda semakin mabuk dan harus menekan butang yang betul semasa QTE supaya Eivor tidak jatuh semasa minum.

Pendapat

Assassin’s Creed Valhalla mempunyai gameplay yang sangat luas. Ini merupakan perkara yang baik kerana berjaya menjauhkan diri daripada permainan Assassin’s Creed yang lebih lama. Sistem Settlement juga membawa rasa keunikan pada permainan yang seharusnya mendorong pemain menjelajah dunia luas dengan pelbagai perkara dan aktiviti yang perlu dilakukan atau dicari.

Naratifnya juga benar-benar bagus yang menyentuh mitologi Norse dan juga mengikat keseluruhan kisah Assassin’s Creed secara keseluruhan. Peminat lama mungkin tidak menyukainya kerana Valhalla tidak berfokus pada elemen stealth tetapi anda masih boleh menggunakan stealth jika suka. Cuma, ia jauh lebih mudah untuk menyerang dan membunuh semua orang daripada lakukannya secara diam-diam. Valhalla dicipta untuk menyesuaikan gaya permainan apa-apa jenis pemain, jadi saya rasa itu adalah perkara yang paling penting. Ini bermaksud bahawa lebih ramai pemain akan bermain dan bukannya hanya memfokuskan perhatian pada satu komuniti gamer sahaja.

Assassin’s Creed Valhalla bukanlah sekuel dramatik untuk francais, tetapi suasana bersejarah baru dan beberapa perubahan unik pada formula open-world boleh dikatakan cukup untuk memikat hati saya lagi. Ia membina satu rangkaian yang besar selepas Origins dan Odyssey, jadi semua sepatutnya bertambah lebih baik bermula formula baru ini. Jika saya berani kata, ini akan menjadi permainan open-world pertama yang hebat untuk konsol generasi seterusnya.


Free Download: 

No comments:

Post a Comment

Devil May Cry 5 Repack Free Download

  Devil May Cry 5 Sinopsis Cerita Kisah ini bermula sejak dahulu kala, perang antara dunia bawah dan dunia manusia sedang berlangsung. Perte...